KEMBALI menghiasi program televisyen, kemunculan Faizal AF4 dalam GV Fantasia sekali gus mengundang semula kritikan umum terhadapnya, terutama bentuk fizikal yang ketara berbeza berbanding sewaktu popular dahulu.

Asyik kena kutuk, kasihan Faizal AF4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKAN mudah untuk seseorang selebriti kembali mendapat perhatian umum selepas sekian lama menyepi daripada radar industri hiburan.

Namun, bagi penyanyi Faizal Ramly atau lebih dikenali sebagai Faizal AF4, kemunculan semulanya seakan-akan membuka ruang kepada segelintir netizen untuk dikutuk terutama mengenai perubahan fizikalnya.

Kasihan melihat nasib penyanyi asal Terengganu itu apabila penampilannya mencetuskan fasa tak puas hati khalayak.

Ingat, setiap individu akan lalui fasa kehidupan berbeza, termasuk soal kesihatan dan penampilan. Yang cantik dan elok hari ini, belum tentu kekal untuk lima atau 10 tahun lagi.

Biarpun rupa paras mungkin tidak lagi sama seperti 20 tahun lalu, namun suara Faizal masih berbisa. Moga Faizal terus bersemangat dalam Gegar Vaganza Fantasia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN