Anwar (kiri), Anthony.

PM terima surat peletakan jawatan Anthony, ambil masa untuk teliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak perlu tergesa-tergesa membuat keputusan berhubung peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meskipun surat rasmi berhubung perkara itu telah diterima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya belum menerima peletakan jawatan (Anthony). Surat saya sudah terima dan dia kata berkuat kuasa serta-merta, tetapi saya tentunya akan mengambil masa untuk teliti,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini hari ini.

Semalam, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan pendirian beliau untuk meletak jawatan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah pada Selasa lepas.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, 40 Ahli Parlimen DAP termasuk dirinya kekal teguh menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, sekali gus menolak sebarang tanggapan peletakan jawatannya mencerminkan keretakan dalam kerajaan.

Sementara itu, mengulas perjalanan mesyuarat Kabinet susulan Pilihan Raya Negeri Melaka, Anwar berkata, perbincangan berjalan seperti biasa dan menyifatkan peningkatan suhu politik ketika pilihan raya sebagai bersifat sementara sebelum kembali reda selepas proses itu selesai. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN