PRIYANKA bersama Nick Jonas serta Malti dilihat gembira meraikan Deepavali.

Dikecam sebab hidangkan makanan bukan ‘vegetarian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON terkenal Priyanka Chopra dikecam hebat gara-gara menjamu makanan bukan berasaskan sayuran ‘vegetarian’ sempena sambutan Diwali untuk tetamu yang menghadiri acara anjurannya di Los Angeles.

Priyanka dilihat menjamah udang serta beberapa lagi makanan lain dan foto-fotonya kini tular dalam media sosial.

Selain menjamah makanan berasaskan haiwan, pakaian aktres itu turut dikritik kerana dikatakan tidak mencerminkan seorang wanita India sejati.

“Bagaimana seseorang boleh menjamah makanan bukan ‘vegetarian’ pada sambutan hari Diwali,” komen netizen.

Biarpun menerima kecaman, namun masih ada ramai netizen yang mempertahankan tindakan bekas Miss World 2000 itu.

Menurut netizen, tidak semua penganut Hindu mengamalkan pengambilan makanan ‘vegetarian’ ketika sambutan Diwali.

“Saya merupakan penganut Hindu dari Selatan India. Menjadi tradisi kami memakan makanan bukan ‘vegetarian’ setiap kali Diwali.

“Ada juga yang mengamalkan tradisi memakan hanya makanan ‘vegetarian’ pada hari Diwali. Masing-masing punya tradisi tersendiri.

“Anda tidak boleh memaksa orang lain untuk mengikut cara anda,” komen netizen.

Priyanka menyambut sambutan Diwali bersama suaminya, Nick Jonas dan anak perempuan mereka Malti. Beberapa selebriti terkenal Hollywood hadir sebagai tetamu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN