KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta dan lori di KM 55, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, Tapah awal pagi tadi. - FOTO IHSAN PDRM

Pemandu maut, kereta langgar lori diletakkan tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Seorang pemuda berusia 30 tahun maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori di Kilometer (KM) 55, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati, nahas pada pukul 1.40 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Temoh menghala ke Tapah.

“Setibanya di lokasi kejadian,kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar lori yang diletakkan di bahu jalan tidak berturap.

“Drebar lori iaitu lelaki tempatan berusia 39 tahun tidak berada di lokasi kejadian kerana kenderaan berat tersebut diparkir berhampiran tempat kerja,” katanya di sini hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Tapah menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan awam bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN