Tangkap layar rakaman kerja-kerja menurap jalan di Persiaran Mokhtar Dahari yang menyebabkan kesesakan lalu lintas pagi ini dikongsi pengguna @fuzaagogo di Threads.

Pengguna Persiaran Mokhtar Dahari bengang, kerja turap jalan pukul 6 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas sehingga hampir dua jam di Persiaran Mokhtar Dahari pagi ini susulan kerja-kerja menurap jalan yang menyebabkan satu lorong ditutup.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna @fuzaagogo meluahkan rasa geram apabila terpaksa mengharungi kesesakan dari arah Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Alam Budiman sejak 6.15 pagi tadi.

Menurutnya, keadaan itu berlaku dipercayai susulan penutupan lorong bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menurap jalan.

“Mantap bosku, dari pukul 6 pagi sampai nak pukul 8 pagi. Mokhtar Dahari sesak demi tar jalan waktu orang pergi kerja,” kongsinya.

Situasi itu turut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna jalan raya yang mempersoalkan pemilihan waktu kerja penyelenggaraan berkenaan ketika orang ramai sedang menuju ke tempat kerja dan sekolah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana kesesakan tersebut menyebabkan perjalanan harian mereka terganggu.

“Tutup satu lorong jalan di Alam Budiman ke Dash. Turap jalan. Tak boleh fikir ke pukul 6 pagi orang dah berpusu-pusu pergi kerja? Tolong komplen. Geram sangat. Semua orang maki hamun pagi Jumaat. Anak pergi sekolah pun lambat dengan hujan lagi,” komen @permata_nilam88.

“Hmmm, orang suruh besarkan jalan, bukan turap jalanlah. Tapi janganlah waktu puncak macam ini,” komen @nisssss pula.

Seorang lagi pengguna turut mempersoalkan tindakan menutup laluan ketika trafik sedang sibuk.

“Benda tak tutup jalan pun sesak tak bergerak, ini tutup jalan pula. Di manakah akal fikirannya?” tulisnya.

“Masalah tak ada masa ke diorang ni? Kenapa tak hujung minggu sahaja buat? Pening sampai Saujana Utama kot,” komen @mr.armbro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN