Hishamuddin bersama kumpulan pengadu ketika hadir ke Bank Negara Malaysia, semalam.

354 pengadu dakwa kerugian pelaburan cecah RM109.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 354 individu tampil ke Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menggesa siasatan menyeluruh terhadap empat program pelaburan yang disyaki beroperasi tanpa kebenaran atau lesen sah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, keseluruhan kerugian yang didakwa dialami pengadu dianggarkan berjumlah RM109,314,641.94.

Menurutnya, pengadu mengesyaki syarikat terbabit menawarkan program pelaburan kepada orang awam tanpa kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

“Antara faktor utama mereka menyertai program pelaburan berkenaan adalah disebabkan iklan dan pemasaran syarikat yang memperlihatkan seolah-olah mereka mempunyai kebenaran untuk menawarkan serta menganjurkan program pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengadu sebelum ini sudah membuat laporan polis, namun laporan berkenaan diklasifikasikan sebagai rujuk kepada agensi lain sebelum dirujuk kepada BNM untuk siasatan lanjut.

“MHO turut memohon pertimbangan supaya tindakan siasatan dibuat berhubung kemungkinan pelanggaran Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN