Mohamad.

Tahanan rumah: Mohamad Sabu sanggup gadai gaji demi keadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa supaya satu mekanisme perundangan diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan baki tempoh melalui tahanan rumah.

Beliau berkata, mekanisme itu perlu dilaksanakan berdasarkan peraturan yang adil, telus dan terpakai kepada semua banduan tanpa mengira kedudukan, pengaruh politik atau hubungan kekeluargaan.

Menurutnya, prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang tidak seharusnya dikompromi sehingga mewujudkan sistem keadilan dua darjat dalam negara.

“Undang-undang mesti adil kepada semua. Keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu. Malaysia tidak boleh mengamalkan sistem keadilan dua darjat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, pendiriannya itu bukan berpunca daripada sebarang pertikaian peribadi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau keluarganya, sebaliknya berlandaskan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menyeru badan bukan kerajaan (NGO), pengamal undang-undang dan masyarakat sivil supaya bersama-sama memperjuangkan mekanisme berkenaan bagi menjamin hak yang sama rata kepada semua warganegara.

Malah, beliau menyatakan kesediaan menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membantu membiayai usaha NGO yang menggerakkan perjuangan tersebut.

“Keadilan mesti ditegakkan tanpa diskriminasi, tanpa keistimewaan terpilih dan tanpa layanan dua darjat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN