Gambar yang dimuat naik Anwar di Facebook.

‘Orang berkedudukan tinggi mencuri, dibiarkan’, Anwar kongsi hadis Rasulullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi sepotong hadis Rasulullah SAW mengenai kepentingan menegakkan keadilan tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang dalam masyarakat.

Menerusi hantaran di Threads, Anwar memetik hadis riwayat al-Bukhari yang menyentuh mengenai kehancuran umat terdahulu apabila golongan berkedudukan tinggi dibiarkan terlepas daripada hukuman, sedangkan golongan lemah dikenakan tindakan atas kesalahan sama.

Perkongsian itu turut disertakan dengan sekeping gambar memaparkan siluet beliau berlatarbelakangkan sebuah masjid.

“Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah apabila orang yang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila orang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, mereka melaksanakan hukuman hudud ke atasnya.

“Demi Allah! Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya,” menurut hadis yang dikongsikan beliau.

Hadis tersebut merupakan riwayat al-Bukhari bernombor 3475.

Setakat tangkap layar hantaran itu dirakam, perkongsian berkenaan menerima lebih 22,600 tontonan, kira-kira 3,300 tanda suka dan 172 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN