Kebakaran di Jalan Batu 5, Pekan Parit Panjang, Baling malam tadi memusnahkan kedai makan, kedai kuih bahulu dan kedai perabot terpakai. - IHSAN BOMBA

Pemilik kedai perabot terselamat, sempat larikan diri ke masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang pemilik kedai perabot terpakai sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan empat rumah kedai di Jalan Batu 5, Pekan Parit Panjang, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu menyebabkan kedai makan, kedai kuih bahulu dan dua lot kedai perabot terpakai hangus.

Anak pemilik kedai perabot terpakai berkata, bapanya berada di dalam premis ketika kejadian sebelum menyedari kebakaran selepas terdengar bunyi percikan api dari kedai makan bersebelahan.

Katanya, bapanya segera bertindak menyelamatkan diri dengan berlari ke masjid berhampiran dan bersyukur kerana berjaya keluar tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Saksi berkata, dia yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Alor Setar kira-kira jam 8 malam terkejut melihat api sedang marak membakar deretan rumah kedai terbabit.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.48 petang.

Beliau yang mengetuai operasi itu bersama sepasukan anggota dari BBP Baling tiba di lokasi untuk membantu memadam kebakaran itu.

“Kebakaran membabitkan kemusnahan kedai pertama, manakala kedai kedua musnah 80 peratus dan kedai ketiga serta keempat, masing-masing musnah 60 dan 50 peratus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN