Tangkap layar beberapa video tular yang dikongsi penduduk BBST, petang tadi.

[VIDEO] 3 maut disambar petir: Mangsa berteduh bawah pokok lepas baiki kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sepang – Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun antara yang maut disambar petir dalam kejadian berlaku di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dua lagi mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 16 dan 26 tahun.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat.

“Mangsa sebelum itu berteduh di bawah pokok disebabkan hujan sebelum disambar petir.

“Sebelum itu, ketiga-tiga mangsa berteduh di bawah pokok selepas membaiki sebuah kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan tiga jasad yang sudah bertutup dengan kain batik terbaring di bawah pokok.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berada di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki rosak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN