TANGKAP layar menunjukkan Umi Nur menunjukkan koleksi barangan kemas bersaiz luar biasa. - AGENSI

Wanita pamer emas ‘gajah’, wang seguni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang usahawan wanita dari Lamongan, wilayah  Jawa Timur menjadi tular di media sosial Indonesia kerana kerap mempamerkan koleksi barangan kemas bersaiz luar biasa, lapor saluran berita Pewarta Nusantara.

Wanita berkenaan, Hajjah Nurwati atau lebih dikenali sebagai Umi Nur dilaporkan merupakan pemilik kedai emas, Toko Emas Eka Dwi  yang beroperasi di kawasan Pasar Baru Lamongan.

Menerusi beberapa klip video yang tular di platform TikTok dan Instagram, Umi Nur  tampil glamor dengan mengenakan pelbagai perhiasan emas bersaiz besar pada tubuhnya. 

Selain perhiasan mewah, beberapa hantarannya turut memperlihatkan longgokan wang tunai yang didakwa mencecah nilai berbilion-bilion rupiah.

Kehadirannya di khalayak ramai bersama seorang lelaki berbadan sasa dipercayai bertindak sebagai pengawal peribadi turut menguatkan lagi imej eksklusif dan kawalan keselamatannya.

Gaya hidup mewah yang dipertontonkan itu membuatkan pengguna media sosial  menggelarnya sebagai ‘Sultan Emas Lamongan’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN