PENYOKONG meninggalkan kawasan tempat duduk mereka di Tromso, Norway semalam. – AFP

Penyokong Bodo/Glimt cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSLO – Seorang penyokong kelab bola sepak Norway, Bodo/Glimt dimasukkan ke hospital selepas sebahagian kawasan tempat duduk penyokong pelawat runtuh semasa perlawanan pasukan tersebut di Tromso, kata polis semalam.

“Empat orang disahkan terlibat, dengan seorang daripada mereka dibawa ke hospital,” kata polis.

Keluarga lelaki yang dimasukkan ke hospital itu memberitahu badan penyiar awam NRK bahawa dia mengalami patah tulang rusuk.

Insiden itu berlaku sejurus sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan melibatkan Bodo/Glimt, yang bersaing dalam Liga Juara-Juara.  – AFP

 

                

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN