FARZANA mendukung anaknya ketika menyantuni penduduk sekitar DUN Klebang di Melaka baru-baru ini.

Masa dan keluarga tidak halang Farzana berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang tidak menganggap dirinya sebagai ibu kepada anak berusia dua tahun sebagai penghalang untuk ber­kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Farzana Hayani Mohd. Nasir, 26, telah membahagikan masa an­tara keluarga dan tuntutan po­litik bagi membuktikan keazaman tinggi apabila komited me­mulakan langkah seawal pukul 5.30 pagi demi mendekati seramai mungkin pengundi.

Kata Farzana yang lebih dikenali sebagai Nana, jadual hariannya sebagai calon biasanya padat bermula dengan menunaikan so­lat subuh di masjid atau surau sekitar DUN berkenaan, sebelum disusuli dengan pelbagai aktiviti ziarah kasih, program walkabout, serta aktiviti sukan dan keagamaan sehingga lewat malam.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan gerak kerja yang telah dirangka dan dilaksanakan. Saya anggarkan kira-kira 50 peratus daripada penduduk dalam DUN Kelebang telah saya dekati.

“Setiap hari, saya akan mula ber­gerak seawal 5.30 pagi dan ti­ba di rumah kira-kira 2 pagi esoknya bagi memastikan jadual yang telah dirangka dapat di­laksa­nakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu itu tidak menafikan jadual yang terhad un­tuk rehatnya itu kadangkala me­letihkan tetapi segala rasa pe­nat itu seolah-olah hilang apabila menerima respons positif dan sokongan padu daripada ma­syarakat setempat.

Masa berbahagi lagi seminggu berkempen, Nana tekad untuk te­rus mendengar keluh-kesah rak­yat, terutamanya melibatkan isu banjir, kos sara hidup, pe­luang pekerjaan buat anak muda, kebajikan ibu tunggal serta nasib golongan nelayan di kawasan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN