TANGKAP layar menunjukkan datuk bandar memeriksa sebuah bilik ketika melakukan pemeriksaan mengejut. - AGENSI

Datuk bandar tangkap dua doktor ‘bermadu asmara’ ketika hospital sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Datuk Bandar Barreiros, Carlinhos da Pedreira, mendakwa dua orang doktor sedang ‘memadu asmara’ ketika melakukan pemeriksaan mengejut di Hospital Perbandaran Jailton Messias de Souza Albuquerque di Brazil, lapor France New.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, kehadiran datuk bandar itu ke fasiliti kesihatan tersebut didorong oleh aduan mengenai ketiadaan doktor semasa waktu syif bertugas. 

Semasa pemeriksaan dijalankan, Carlinhos mendapati pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan, meninjau kawasan hospital, dan mempersoalkan kakitangan mengenai operasi perkhidmatan tersebut. 

Dalam salah satu rakaman video, datuk bandar itu mendakwa bahawa doktor-doktor berkenaan sedang ‘memadu asmara’.

Susulan insiden itu, pihak perbandaran mengumumkan penamatan kontrak pengurusan dengan Persatuan Joao Paulo II, pihak yang bertanggungjawab mentadbir fasiliti tersebut. 

Pihak majlis perbandaran memaklumkan bahawa mereka akan mengambil alih semula pengurusan hospital itu secara langsung sehingga proses tender baharu selesai.

Menurut pentadbiran perbandaran, langkah ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan rawatan serta kualiti bantuan yang diberikan kepada penduduk setempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN