Tangkap layar rakaman dashcam memperlihatkan seorang kanak-kanak berlari melintas di hadapan sebuah kenderaan di sebuah perumahan bertingkat.

‘Kalau laju sikit, tak guna nak menyesal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris dilanggar kenderaan selepas dia didakwa melintas tanpa melihat kiri dan kanan, dalam kejadian di sebuah perumahan bertingkat pada Khamis lalu.

Kejadian pukul 8.57 malam itu dirakam menerusi kamera papan pemuka atau dashcam serta dimuat naik seorang pengguna Threads Muhammad Aizat Rahim sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai terhadap sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang tidak peka dengan persekitaran.

Menerusi video tersebut, pemilik kereta itu sedang memandu turun dari tempat kereta di tingkat atas untuk ke tingkat bawah dan secara tiba-tiba, seorang kanak-kanak berlari melintas di hadapan kenderaannya.

“Kejadian semalam, alhamdulillah selamat semuanya. Perhatian ibu bapa, jangan biar anak turun dari rumah tanpa pengawasan orang dewasa,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai terutama ibu bapa yang mengambil maklum kejadian seperti itu sekali gus mengelakkannya daripada terjadi.

“Pernah kena macam ni dalam kawasan parkir. Mungkin anak dia keluar kereta terus lari. Umur tiga tahun budak tu, terus brek kecemasan sebab saya memang dah dekat. Meniarap bapa dia kat situ sebab kelam kabut nak tarik anak dia, tapi tak dapat. Mujur saya memang tak tekan minyak sebab nak sampai kotak parking saya, gigil kaki masa tu,” kongsi Syerasyrat di ruangan komen.

“Allah, sebab tu kalau kat basement (kawasan parkir) kita pandu perlahan, risau macam ni lah. Tapi ada juga yang jenis naik basement ke main tekan (minyak),” kata Sherinajfrancis.

“Allahuakbar, kalau laju sikit je, memang tak guna lah nak menyesal pun,” kata Amiirahh98. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN