Odda mengakui trauma selepas insiden didekati seorang peminat lelaki fanatik yang bertindak agresif di sebuah acara baru-baru ini.

‘Lelaki itu tahu apa dibuat, saya rasa dia bukan OKU’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Auddra atau Odda mengakui trauma selepas insiden didekati seorang peminat lelaki fanatik yang bertindak agresif di sebuah acara baru-baru ini.

Menurut pemilik nama penuh Auddra Zulkifli, 17, perkara tersebut memberi pengajaran buat dirinya agar lebih berwaspada ketika meluangkan masa bersama peminat.

“Sejujurnya selepas insiden itu, memang saya berasa agak trauma sedikit. Disebabkan itulah sekarang saya lebih menjaga batasan dengan peminat.

“Kalau minat atau terlalu obses dengan seseorang artis sekali pun saya rasa peminat tidak perlu berkelakuan seperti itu.

“Mungkin segelintir peminat perlu ubah sikap sebab kalau nak rapat dengan artis kesayangan, mereka kena buat situasi rasa selamat dan selesa,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-38 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai spekulasi yang mendakwa peminat tersebut merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), Odda menafikan perkara tersebut.

“Saya akui memang kurang selesa ketika itu tetapi dalam masa sama juga kasihan melihat dia.

“Saya ada ramai peminat dan pasukan pengurusan boleh tolong lindungi saya, sedangkan dia tiada siapa untuk bantu.

“Kita pun tidak boleh nak buat andaian sesuka hati tetapi ramai yang memberitahu dia sebenarnya waras sahaja dan bekerja. Jadi, dia tahu apa yang dia buat dan saya rasa dia bukanlah OKU,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular rakaman video dalam media sosial memaparkan seorang peminat lelaki bertindak agresif dan melulu sewaktu mendekati Odda di sebuah acara.

Dalam perkembangan lain, Auddrra membolosi senarai Top 10 kategori Artis Baharu Wanita Popular ABP38. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN