fbpx
Penduduk membersihkan rumah selepas dilanda banjir di Kampung Melayu Subang, baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN

Banjir kilat: Mangsa dapat bantuan sehingga RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bakal menerima bantuan sehingga RM1,500 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu bagi meringankan beban kewangan mangsa yang terjejas sementara kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

Katanya, kerajaan negeri turut akan menyegerakan dan menambah bantuan kepada mangsa yang sedang berlindung di PPS ketika ini.

“Di samping, usaha membaik pulih serta membersihkan rumah-rumah mereka akan dipercepatkan melalui usaha agensi negeri serta Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan seramai 1,238 mangsa daripada 320 keluarga ditempatkan di sembilan PPS sekitar Kuala Selangor, Klang dan Shah Alam.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, setiap teguran rakyat terhadap agensi kerajaan perlu diterima secara terbuka dan disusuli komitmen untuk meningkatkan usaha membantu mangsa terkesan banjir.

Katanya, usaha mengatasi punca banjir perlu dilakukan daripada terus berulang.

“Rakyat tidak mampu mendengar alasan daripada mana-mana agensi sekiranya banjir berlaku, sebaliknya mereka mahu hidup secara selamat tanpa perlu risau tentang keselamatan diri ataupun keluarga tersayang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN