fbpx
Arul Kumar.

Pembangkang belum terima notis sidang DUN Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Cadangan kerajaan Negeri Sembilan mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 November ini disifatkan tidak munasabah apabila semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) masih belum menerima sebarang notis atau makluman rasmi mengenainya.

Ketua Pembangkang, J Arul Kumar berkata, notis persidangan sepatutnya disampaikan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum tarikh persidangan berlangsung.

Menurutnya, sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima sebarang notis dan sekiranya ia dihantar dalam tempoh sehari dua ini, tarikh 26 November yang dirancang kerajaan negeri tidak lagi dapat dipenuhi mengikut tempoh ditetapkan.

“Sepatutnya notis dihantar sebelum 28 hari daripada tarikh persidangan DUN. Hingga hari ini kami belum terima notis atau maklumat dan sekiranya mereka hantar dalam sehari dua ini pun, bermakna persidangan DUN bukan 26 November seperti yang mereka tetapkan kerana sudah melangkaui tempoh 28 hari. Jadi, kita tidak tahu bila persidangan DUN hendak diadakan,” katanya ketika dihubungi.

ADUN Nilai itu berkata, kebiasaannya notis persidangan DUN diterima lebih awal, sekitar dua bulan sebelum persidangan bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN