fbpx

Malu dengan anak sendiri, Miranda Kerr tolak tawaran Victoria’s Secret

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUPERMODEL terkenal, Miranda Kerr terpaksa menolak pelawaan untuk kembali beraksi di pentas peragaan jenama pakaian dalam terkenal, Victoria’s Secret kerana memikirkan pandangan empat anak lelakinya.

Miranda, 43, berkata, dia pada awalnya teruja menerima tawaran tersebut selepas sekian lama tidak terlibat dalam pertunjukan fesyen kerana memberi tumpuan kepada perniagaan.

Bagaimanapun, keterujaan itu berubah apabila dia mula memikirkan reaksi anak-anaknya sekiranya melihat dirinya berjalan di pentas dengan hanya menyarungkan pakaian dalam.

“Sudah lama saya tidak menyertai pertunjukan fesyen kerana fokus kepada perniagaan. Jadi, apabila menerima tawaran daripada Victoria’s Secret untuk kembali berjalan di pentas tahun ini, sudah tentu saya gembira dan teruja.

“Saya fikir inilah masanya untuk kembali berseronok dan bertemu semula dengan teman-teman lama.

“Namun, kemudian saya terfikir bagaimana pandangan empat anak lelaki saya jika mereka melihat saya berjalan hanya dengan memakai pakaian dalam. Memikirkan perkara itu membuatkan perut saya terasa tidak sedap,” katanya menerusi sebuah rancangan audio siar.

Bekas isteri pelakon Orlando Bloom itu turut menyifatkan keputusan menolak tawaran berkenaan sebagai satu kelegaan apabila segala kebimbangan yang dirasai sebelum itu seolah-olah lenyap.

Menurutnya, pengalaman sepanjang bergelar model Victoria’s Secret tetap menjadi antara kenangan terindah dalam perjalanan kerjayanya dan dia lebih selesa membiarkan pengalaman tersebut kekal sebagai sejarah.

“Saya mempunyai pengalaman yang sangat indah selama beberapa tahun bergelar bidadari Victoria’s Secret. Biarlah kenangan itu kekal sebagai memori,” ujarnya.

Terdahulu, Miranda mendedahkan menerima pelawaan untuk kembali menyertai pertunjukan fesyen Victoria’s Secret 2026 yang berlangsung di Los Angeles pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, model kelahiran Australia itu memilih untuk tidak kembali ke pentas berkenaan selepas mengambil kira keselesaan dirinya sebagai seorang ibu.

Edisi tahun ini turut menyaksikan kemunculan semula beberapa bekas model jenama berkenaan termasuk Rosie Huntington-Whiteley, Behati Prinsloo, Elsa Hosk dan Doutzen Kroes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN