fbpx
MERCEDES mahu melengkapkan musim terbaik dengan kejuaraan pengeluar selepas Antonelli menghadiahkan gelaran juara dunia pemandu. - AFP

F1: Mercedes buru gelaran berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAO PAULO – Selepas kejayaan sensasi Kimi Antonelli muncul juara dunia termuda Formula Satu (F1), pasukan Mercedes kini mengintai satu lagi pencapaian luar biasa apabila berpeluang mengesahkan kejuaraan pengeluar pada Grand Prix (GP) Brazil hujung minggu ini.

Antonelli, 20, bersama rakan sepasukannya, George Russell meletakkan Mercedes dalam kedudukan cukup selesa apabila mendahului Ferrari dengan kelebihan 126 mata ketika saingan musim 2026 hanya berbaki empat perlumbaan.

Mercedes hanya perlu memiliki kelebihan empat mata berbanding Ferrari di Litar Interlagos, Ahad ini untuk mengesahkan kejuaraan pengeluar pertama mereka sejak 2021 sekali gus melengkapkan musim gemilang buat pasukan itu.

Antonelli yang baru dinobatkan sebagai juara dunia di Mexico Ahad lalu berkata, fokusnya kini terarah untuk membantu Mercedes menamatkan kempen musim ini dengan satu lagi trofi kejuaraan.

“Saya cuba mengumpul semula tenaga dan memberikan sepenuh tumpuan untuk baki perlumbaan ini kerana kami masih mempunyai kejuaraan pengeluar untuk dimenangi. Saya mahu menamatkan musim ini dengan cemerlang,” katanya.

Bagaimanapun, Mercedes tidak boleh mengambil mudah cabaran Ferrari meskipun memiliki kelebihan besar apabila pasukan dari Itali itu berjaya mengutip lebih banyak mata berbanding mereka dalam empat perlumbaan terakhir.

Di Mexico, Ferrari berpeluang mencatat keputusan satu-dua selepas Lewis Hamilton meraih petak pertama, namun pertembungan antara Hamilton dan Charles Leclerc pada pusingan pembukaan membuka ruang kepada Max Verstappen (Red Bull) untuk meraih kemenangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN