fbpx
Bella Astillah menyifatkan Syed Saddiq sebagai lelaki yang sangat romantik terutama selepas bertukar status sebagai suaminya.

‘Sampai syurga, dia bukakan pintu tanpa gagal sampai hari ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tersentuh dengan sikap romantis, Pelakon Bella Astillah mengakui suaminya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sentiasa menghargai dirinya dalam kehidupan berumah tangga.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, Saddiq sering mengucapkan rasa sayangnya secara bersahaja.

“Sebenarnya untuk saya, tiada perkara kecil di mata saya (Saddiq lakukan), walaupun kecil dia tetap besar.

“Terlalu banyak tapi saya kongsikan beberapa, contohnya secara rawak menghantar mesej.

“Tiada apa-apa perbualan tiba-tiba dapat ‘I love you’ (saya sayang awak),” katanya semasa bersiaran langsung di radio Era FM.

Tambahnya, suaminya juga konsisten mempamerkan sikap budiman termasuklah membukakan pintu buatnya.

“Selepas itu, dia bukakan pintu tanpa gagal sampai ke hari ini.

“Alhamdulillah, insya-Allah sampai ke pintu syurga,” katanya lagi.

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pasangan itu turut mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu.

Mereka turut mengadakan Kenduri Rakyat di Muar dan di Kota Kinabalu, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN