fbpx
Sebuah helikopter Mi-17V5 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) terhempas ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran hutan di Kalimantan Tengah.

Seorang maut, 2 hilang helikopter terhempas ketika padam api di Kalimantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang maut, manakala dua lagi hilang selepas helikopter Mi-17V5 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) terhempas ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran hutan di Kalimantan Tengah, hari ini.

Jabatan Penerangan TNI AD berkata, helikopter yang dinaiki lapan kru itu terhempas di perairan Sungai Perlu, Danau Sembuluh, Seruyan, ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran di kawasan Taman Nasional Tanjung Puting (TNTP) kira-kira 11.18 pagi waktu tempatan.

Helikopter itu berlepas dari Kuala Pembuang pada 9.55 pagi menuju Telaga Pulang sebelum terhempas ketika mengambil air bagi operasi pemadaman kebakaran dari udara (water bombing).

“Seorang kru meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Pembuang, manakala lima lagi berjaya diselamatkan dan menerima rawatan di hospital yang sama.

“Dua lagi kru masih hilang. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan oleh pasukan gabungan melalui laluan udara dan air,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan. Punca nahas masih dalam siasatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN