fbpx
Sebahagian buku pelanggan yang dibalut Amira sebagai kerja sambilannya di Pulau Pinang.

Servis balut buku sekolah jadi duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bermula de­ngan minat membalut buku sekolah anak sendiri, seorang suri rumah, Amira Zulaikha Jamil, 37, kini menjadikan kemahiran itu sebagai sumber pendapatan tambahan sejak tiga tahun lalu.

Amira yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Sungai Jawi, Pulau Pinang, berkata, idea menawarkan servis balut buku tercetus pada awal 2023 apabila anak sulungnya mula memasuki darjah satu.

Ujarnya, ketika itu dia mendapati keadaan sesetengah buku sekolah yang diterima anaknya kurang memuaskan sebelum mengambil inisiatif membuka semula balutan dan mengemasnya supaya kelihatan lebih elok.

“Memang saya suka balut buku. Apabila tengok keadaan buku anak, saya rasa kasihan dan mahu balut semula dengan lebih kemas,” katanya ketika dihubungi.

Kata Amira, permintaan terhadap servis tersebut pada awalnya hanya melibatkan sekitar 10 hingga 15 pelanggan, namun jumlah itu semakin meningkat setiap tahun menerusi promosi dan cadangan daripada pelanggan sedia ada.

Katanya, kebanyakan pe­langgan menghantar sekurang-kurangnya 15 hingga 17 buah buku untuk dibalut, manakala jumlah terbanyak pernah diterimanya daripada seorang pelanggan ialah kira-kira 50 buah buku.

“Kalau keadaan buku tidak bermasalah, saya boleh balut kira-kira 10 buah buku dalam masa 30 minit. Kalau semuanya elok dan mudah dibalut, proses itu boleh menjadi lebih cepat,” katanya.

Bagi kadar upah, Amira me­ngenakan bayaran RM1.50 bagi sebuah buku teks, manakala harga RM1 dikenakan bagi buku tertentu mengikut permintaan pelanggan.

Mengulas rutin hariannya, Amira berkata, tempoh hujung minggu pada awal tahun merupakan waktu paling sibuk kerana perlu menyiapkan tempahan sebelum buku diambil pelanggan untuk kegunaan persekolahan pada hari Isnin.

Menurut Amira, pendapatan daripada servis balut buku banyak membantu menampung keperluan peribadi dan keluarga, termasuk membayar yuran persekolahan dua anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN