fbpx
CALON Senat AS daripada Parti Demokrat, Abdul El-Sayed, berucap di atas pentas selepas mengisytiharkan kemenangan dalam persaingan Senat AS di Michigan. - AFP

El-Sayed jadi Muslim pertama dipilih sebagai Senator AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Calon Demokrat, Abdul El-Sayed mencipta sejarah apabila memenangi pemilihan kerusi Senat Amerika Syarikat (AS) di Michigan selepas menewaskan calon Republikan, Mika Rogers sekali gus menjadi Muslim pertama dipilih menganggotai Dewan Senat, lapor akhbar The Guardian. 

Kemenangan El-Sayed memperkukuh kelebihan Demokrat di Senat selepas parti itu merampas penguasaan dewan berkenaan semalam. 

El-Sayed mengumumkan kemenangan itu di ibu pejabat Demokrat Michigan di Detroit pada awal pagi hari ini. 

“Anda menyambut saya di rumah anda, gereja anda dan tempat ibadah anda,” kata El-Sayed.

Beliau mengiktiraf pergerakan yang dibina selama lebih setahun dengan berkempen di beberapa bandar terbesar dan pekan terkecil di Michigan, sambil menegaskan bahawa sokongan pengundi menjadi sumber kekuatannya semasa menempuh detik sukar. 

Kempen berunsur Islamofobia yang dipimpin oleh pihak lawan dan pengkritik El-Sayed termasuk Presiden AS, Donald Trump, sering membangkitkan nama serta pegangan agama beliau.

Trump mendakwa El-Sayed sebagai seorang ‘jihadis’ dan perlu melalui pengesan logam sebelum melangkah masuk ke Senat. 

El-Sayed berkata, pengkritiknya sengaja mengambil pendekatan yang memecahbelahkan berbanding menangani kos bahan api dan barang dapur kerana mereka tidak mempunyai jawapan kepada masalah yang ditimbulkan oleh mereka sendiri. 

“Mereka mahukan Amerika yang terlalu kecil untuk sebahagian daripada kita. Kita tahu bahawa Amerika cukup besar untuk kita semua,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN