fbpx
ZI YU dan Noraqilah akan kekal bergandingan dalam misi untuk mengutip mata bagi melayakkan diri ke pentas Olimpik.

Gandingan Zi Yu-Noraqilah kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak menyuarakan rasa gembira apabila anak buahnya, Low Zi Yu sudah memasang impian untuk beraksi di Sukan Olimpik meskipun masih berusia 16 tahun.

Rosman berkata, beliau juga tidak memiliki perancangan untuk memisahkan Zi Yu dengan pasangannya, Noraqilah Maisarah Ramdan memandangkan tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) akan bermula tahun depan.

Berdasarkan ranking Zi Yu-Noraqilah yang berada di tangga ke-42 dunia ketika ini, beliau menganggap ia sangat berisiko untuk cuba memecahkan pasangan tersebut bagi membentuk gandingan baharu.

“Tahun depan sudah bermula kutipan mata untuk Sukan Olimpik dan sekarang ranking Zi Yu-Noraqilah sudah 40 lebih. Jadi, untuk saya tukar (pasangan) itu memang agak berisiko kerana memang sukar nak masuk ke kelompok 32 teratas.

“Kita tidak boleh buat perbandingan dengan beregu lelaki kerana mereka boleh terus melonjak ke ranking lebih tinggi. Untuk Olimpik, memang kita memerlukan dua atau tiga pasangan bersaing merebut tempat,” katanya.

Justeru, Rosman memberikan peringatan kepada Zi Yu untuk bersiap sedia melakukan pengorbanan kerana sasaran layak ke Sukan Olimpik bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan dia memperbaiki segala kekurangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN