fbpx
Ramanan ketika majlis penyerahan faedah Perkeso Kepada keluarga mangsa banjir Nepal di Menara Perkeso Jalan Ampang. - Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

598 individu termasuk Ahli Parlimen, ADUN gagal patuh caruman Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 598 individu berprofil tinggi termasuk VVIP, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikesan gagal memenuhi kewajipan pendaftaran atau pembayaran caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja domestik masing-masing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, berdasarkan semakan Perkeso setakat 1 November 2026, sebanyak 10,033 majikan pekerja domestik dikenal pasti belum memenuhi kewajipan berkenaan.

Beliau berkata, kumpulan individu berprofil tinggi itu turut merangkumi pemegang jawatan penting dalam sektor awam dan swasta.

“Sebanyak 26,669 majikan lagi dikesan mempunyai rekod tunggakan caruman yang memerlukan semakan serta tindakan susulan Perkeso.

“Kedudukan, pangkat, pengaruh atau status seseorang tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap kebajikan pekerja domestik,” katanya.

Ramanan berkata, majikan terbabit diberi tempoh sehingga 7 Disember 2026 untuk menyelesaikan kewajipan berkenaan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

“Saya tidak mahu memalukan sesiapa atau mendedahkan nama mereka. Saya minta semua majikan menyemak sama ada caruman sudah dibuat atau belum. Jika sudah, terima kasih. Jika belum, tolong jelaskan caruman,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Perkeso memperkukuh usaha kesedaran, pemantauan dan penguatkuasaan termasuk mengambil tindakan terhadap majikan yang gagal mematuhi undang-undang.

Beliau turut menggesa semua majikan pekerja domestik menyemak status pendaftaran dan caruman masing-masing serta mengambil langkah pembetulan segera sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN