fbpx
Keadaan mangsa yang maut ditetak tiga lelaki menggunakan parang di lokasi kejadian di Taman Banjar Jaya, Teluk Intan semalam. - Foto IHSAN PDRM

Lelaki maut ditetak, wanita 27 tahun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Seorang lelaki maut selepas ditetak dengan parang oleh sekumpulan individu di hadapan sebuah kedai di Taman Banjar Jaya di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah menerima satu panggilan daripada orang awam melalui talian kecemasan 999 berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.53 petang.

Beliau berkata, mangsa berusia 48 tahun yang mengalami kecederaan parah ekoran ditetak menggunakan senjata tajam telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Teluk Intan akibat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati, mangsa telah diserang oleh tiga lelaki bangsa tidak pasti menggunakan parang,” katanya di sini hari ini.

Kok Lian berkata, motif kejadian masih disiasat dan seorang perempuan warga tempatan berumur 27 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan termasuk maklumat mengenai pergerakan individu atau kenderaan yang mencurigakan di sekitar lokasi kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, mereka boleh menghubungi IPD Hilir Perak di talian 05629 9222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN