fbpx
Wanita yang mengganggu pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur ditahan polis hari ini.

Wanita ditahan ganggu pengunjung pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita warga tempatan berusia 25 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian mengganggu pengunjung dan pelanggan di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Nordin berkata, kejadian itu dilaporkan pada 1 November lalu.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Suspek ditahan hari ini, kira-kira pukul 5.40 petang di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi menerusi talian 03-2600 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun selepas dua anaknya berusia tujuh dan dua tahun didakwa dikasari seorang wanita di pusat beli-belah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, wanita berkenaan didakwa menolak kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari belakang sehingga terjatuh sebelum memukul bahagian belakang kepala adik perempuannya yang berusia dua tahun.

Rakaman video berdurasi 35 saat memaparkan pertengkaran melibatkan individu di pusat beli-belah berkenaan turut tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN