fbpx
ANTARA nelayan yang ditahan APMM dalam Operasi Bersepadu di perairan Tanjung Emas, Muar, malam semalam. Foto IHSAN APMM

Empat nelayan positif dadah ketika turun laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Empat nelayan ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi bersepadu dijalankan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor di perairan Tanjung Emas, di sini malam tadi.

Pengarah APMM Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, operasi bermula pada pukul 11 malam itu melibatkan 20 pegawai AADK Johor dan Muar serta dua buah bot.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan terhadap enam buah kapal nelayan tempatan sebelum empat individu dikesan positif dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati tiga individu positif methamphetamine, manakala seorang lagi positif ganja. Kesemua mereka diserahkan kepada pihak AADK untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga individu berusia 30 hingga 39 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN