fbpx
Muhammad Adam dan kakaknya, Hasya Fahira dibawa melihat kali terakhir jenazah ibu bapa mereka di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat malam kelmarin.

‘Mereka merintih, cari ayah dan ibu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jeritan dua beradik meminta tolong sambil meraung kesakitan dan kepanasan selepas Perodua Alza yang mereka naiki sekeluarga dihempap lori masih terngiang-ngiang di telinga saksi nahas di Jalan Yong Peng-Muar, Batu Pahat, kelmarin.

Saksi, Syahmi SukaTukang, 28, berkata, dia terdengar suara dua kanak-kanak menangis dari jauh sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum bergegas mendapatkan mereka di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Katanya, ketika menghampiri MPV itu, dia juga terdengar suara ibu kepada dua kanak-kanak tersebut yang merayu meminta tolong dalam keadaan tersepit.

“Saya kemudian lari pergi tengok dan terdengar suara perempuan sayup-sayup cakap ‘tolong, panas’!

“Anak-anak dia menangis-nangis, panggil ayah, mengadu panas. Ya Allah, kita risau sebab mereka masih hidup dan bersuara, jadi kita fikir macam mana nak keluarkan mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sri Bengkal dekat Parit Yaani bersama isteri, Atiqah Maslan, 27, dan anaknya selepas menghadiri majlis anugerah anaknya di Tongkang Pechah.

Katanya, dia tidak melihat detik lori itu terbalik sebelum menghempap MPV yang dinaiki empat beranak itu, sebaliknya hanya menyedari kejadian itu sebaik tiba di lokasi nahas.

“Ingatkan lori tu sahaja, saya berhenti tepi nak tolong, sebab memang tak ada siapa lagi masa itu bantu dan orang kampung baru nak keluar jengok apa yang jadi.

“Apabila sampai dekat, rupa-rupanya ada kereta di bawah lori. Saya dengar suara budak minta tolong, terus kelam-kabut pergi ke belakang lori. Masa itu baru nampak MPV dan ada kanak-kanak di dalamnya.

“Tempat duduk depan memang tersepit, tak nampak apa-apa. Tempat duduk belakang ada dua budak, dah melecur dan kena tindih dengan barang-barang dapur,” katanya.

Syahmi berkata, penduduk kampung yang turut tiba di lokasi segera menghubungi bomba, manakala beberapa individu cuba mencari peralatan bagi membuka pintu kenderaan untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, katanya, usaha mereka gagal berikutan keadaan MPV yang remuk dan mangsa tersepit di dalamnya.

“Kami cuba cari besi untuk buka pintu, tetapi tak berjaya. Saya turut cuba mengalihkan barang-barang di bahagian bonet kereta, tetapi tangan terkena tar panas hingga luka dan melecur.

“Keadaan memang panas dan kelam-kabut. Kita nak cepat keluarkan budak-budak itu sebab masih dengar suara mereka,” katanya.

Ujarnya, sebelum bomba tiba, penduduk turut meminta bantuan menggunakan jentera pengorek berhampiran bagi mengangkat lori yang menghempap MPV itu, bagaimanapun usaha tersebut masih gagal.

Katanya, dua kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, manakala usaha mengeluarkan MPV yang dihempap lori memerlukan bantuan jentera lebih besar termasuk kren.

“Selepas budak-budak itu berjaya dibawa keluar, saya sedih sangat. Kakaknya menangis, manakala adiknya nampak menahan kesakitan. Memang dengar mereka panggil ayah. Mereka tak tahu mak ayah dah tiada,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Hardi Mohd. Husin, 46, dan isterinya, Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, maut selepas MPV yang mereka naiki sekeluarga dihempap lori muatan tar yang terbabas dipercayai akibat tayar pecah di Kilometer 8.5, Jalan Yong Peng-Muar, Batu Pahat, tengah hari, kelmarin.

Dua anak mereka, Muhammad Adam, 8, dan Hasya Fahira Zulkifli, 11, terselamat, namun cedera pada kepala serta luka dan melecur di kaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN