fbpx
PIHAK berkuasa menahan para penyeludup dan merampas peluru raifal tempur 7.62mm di wilayah Trat pada pagi kelmarin. - AGENSI

5 ditahan, polis rampas 32,000 peluru raifal AK-47

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK  – Pihak berkuasa merampas 32,400 butir peluru raifal tempur berkaliber 7.62 milimeter (mm) dan menahan empat warga Thailand serta seorang rakyat Kemboja di atas sebuah bot laju di muara sebuah terusan di wilayah  Chanthaburi kelmarin, lapor akhbar Bangkok Post.

Chanthaburi terletak di timur Thailand dan bersempadan dengan Kemboja.

Sumber yang tidak didedahkan memaklumkan bahawa polis mula menjejaki bot laju tersebut di sepanjang Sungai Welu,  Chanthaburi pada pukul 6.27 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu. 

Pukul 9.55 malam hari yang sama,  bot suspek  berhenti di perairan Trat dan maklumat menyatakan, beberapa objek berat telah dimuatkan ke atas bot itu.

Jam 6.00 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya,  tentera laut dan polis tempatan bersama pegawai marin telah menahan bot laju tersebut di muara Terusan Khlong Tha Hat di daerah Khao Saming.

Polis menahan empat warga Thailand di atas bot berkenaan yang masing-masing berusia antara 23 tahun hingga 54 tahun dan rakyat Kemboja berumur 40 tahun.

Pemeriksaan polis turut menemui 15 guni di atas bot tersebut yang mengandungi 32,400 butir peluru 7.62mm untuk raifal AK-47. 

Guni-guni itu tertera  logo produk monosodium glutamat (MSG) dari China.

Kesemua suspek didakwa diupah sebanyak 20,000 baht (RM2,400) secara keseluruhannya untuk menyeludup peluru tersebut dari Kemboja ke Trat. 

Penyeludup terbabit turut dikaitkan dengan cubaan terdahulu untuk menyeludup dua laras raifal AK-47 dan lebih 24,000 butir peluru pada  Ogos lalu.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN