PETALING JAYA – “Alostaq (Alor Setar)! Aku pagi ni siap cek bacaan IPU ingatkan jerebu.”
Itu perkongsian seorang pengguna media sosial yang terkejut melihat fenomena kabus tebal menyelubungi Alor Setar, Kedah, pagi tadi sehingga menyangka kawasan itu dilanda jerebu.
Menerusi hantaran media sosial @Mel_managercpg, keadaan kabus pada pagi itu diumpamakan seolah-olah berada di Cameron Highlands.
“Apa berlaku? 7.15 pagi kabus mengalahkan Cameron,” katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman serupa, hari ini.
“Ya kan, saya pi (pergi) kerja tadi ingatkan hujan dekat depan. Dah la naik motosikal, rupanyaa kabus,” ujar @Syhrzm.
“Saya keluar reja (kerja) pukul 5.40 pagi. Jenuh perembang (perhati) mata. Rasa macam masuk dunia khayalan,” kongsi @Nshahidaidzi.
“Sungai Petani pun sama. Terus buka website (laman sesawang) semak IPU,” kata @Nuhaasafiyya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
















