fbpx
Wan Rohaimi direhatkan sebagai ketua jurulatih Penang FC dengan serta-merta, semalam.

Liga Super: Abe We direhatkan, Victor dilantik jurulatih Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC mengambil keputusan merehatkan Ketua Jurulatihnya, Wan Rohaimi Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Abe We, berkuat kuasa serta-merta susulan kekalahan 1-2 kepada Melaka FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, petang semalam.

Keputusan itu diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi kelab berkenaan yang memaklumkan Pengarah Teknikal Penang FC, Victor Andrag akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih pasukan berkuat kuasa serta-merta.

Perubahan itu menyaksikan Victor kini memikul tanggungjawab membimbing skuad Harimau Kumbang bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Sebelum ini, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu diberi tanggungjawab mengendalikan pasukan berkenaan, namun kekalahan terbaharu kepada Melaka FC menyaksikan beliau direhatkan daripada tugas tersebut.

Untuk rekod, Wan Rohaimi berpengalaman selama 15 tahun sebagai pemain profesional, mewakili pelbagai kelab utama di Malaysia dan meraih lebih 40 cap kebangsaan.

Pengalaman antarabangsa beliau adalah merangkumi kejohanan seperti Sukan SEA, Kelayakan Piala Dunia dan Tiger Cup. Pada tahun 2003, beliau juga mencatat pencapaian gemilang dengan memenangi Piala Sumbangsih bersama pasukan Pulau Pinang.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih PDRM FC serta Penolong Ketua Jurulatih KL City FC dalam perlawanan Liga Super. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN