Agong berkenan terima mengadap Tan Sri Mohd Khalid (dua dari kanan), Abdul Aziz (paling kiri) dan Mohamad Zainal Foto OFFICIALSULTANIBRAHIM

Agong terima mengadap KPN di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Baginda, pada sesi mengadap Tan Sri Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.

Datuk Seri Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa 9 September lalu.

Tan Sri Mohd Khalid turut memperkenalkan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Datuk Mohamad Zainal yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN