Pemain Selangor, Markillos Peter diasak pemain Star City pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2025/2026, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Piala FA: Selangor FC ‘cemas’ sebelum ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selangor FC menarik nafas lega apabila tetap mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala FA meskipun tewas 2-3 kepada Star City pada perlawanan dramatik suku akhir kedua sebentar tadi.

Kekalahan itu tidak menjejaskan kemaraan pasukan kendalian Kim Pan-gon apabila mereka tetap unggul dengan agregat 6-4 hasil kemenangan besar 4-1 pada pertemuan pertama di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar bulan lalu.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya ini, skuad Gergasi Merah pada awalnya kelihatan selesa mengawal laluan ke pusingan seterusnya apabila Zikri Khalili membuka tirai jaringan seawal minit ke-8.

Tuan rumah terus tersenyum apabila Vitor Pernambuco menggandakan kelebihan pada minit ke-34 menerusi penyudah tenang selepas memperdaya penjaga gol lawan.

Namun, Star City enggan mengalah apabila Moses Atede merapatkan jurang pada minit ke-62 sebelum Pedro Santos menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Ketika Selangor dilihat mampu menamatkan perlawanan dengan keputusan seri, Ramon Machado menghukum tuan rumah menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-90 untuk melengkapkan kebangkitan Star City.

Keputusan 2-3 kekal hingga wisel penamat dengan menyaksikan Selangor bakal bertemu Kuching City pada separuh akhir yang dijangka berlangsung pada bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN