Raja Maha Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida berangkat ke Masjid Pusat Pattani di selatan Thailand penutup Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-19 semalam.

[VIDEO] Raja dan Permaisuri Thailand ke Pattani hadir tilawah al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PATTANI – Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn (Rama X) dan Permaisuri Suthida berangkat ke Masjid Pusat Pattani di selatan Thailand penutup Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-19 semalam.

Baginda berdua menyempurnakan penutup Pertandingan Tilawah Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan Kali Ke-19 bagi tahun 2026 serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan turut mengaminkan doa yang dibacakan mufti.

Ketibaan pasangan diraja pada jam 5.54 petang waktu tempatan itu disambut oleh Timbalan Gabenor Pattani, Chaiyaporn Niyomkaew, dan Sheikhul Islam Thailand, Arun Boonchom, bersama barisan pegawai tinggi dan masyarakat setempat.

Majlis dimulakan dengan bacaan al-Qur’an oleh johan 2025, Fauzi Hama.

Baginda kemudiannya berkenan menyampaikan piala kepada para pemenang tilawah serta menyempurnakan penyampaian Anugerah Imam Terbaik Jawatankuasa Islam Wilayah.

Keberangkatan ini mencerminkan komitmen istana dalam menyokong keharmonian serta kepelbagaian agama dan budaya di selatan Thailand. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN