ZULRIDZA menziarahi pusara ibu bapanya yang meninggal dunia selang tiga hari di Kluang baru-baru ini.

Ibu ‘pergi’ selang tiga hari bapa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pegawai Perkeso reda apabila kehila­ngan ibu tercinta yang dijaganya akibat terlantar sakit sejak bertahun lalu selang tiga hari selepas bapanya ‘pergi’ menghadap Ilahi.

Zulridza Zolkepli, 31, berkata, ibu­nya, Ainon Sapar, 68, me­ninggal dunia pada 1 Oktober lalu aki­bat strok selepas bapanya, Zol­kepli Katan, 71, dikebumikan pada 28 September akibat pe­nyakit buah pinggang.

Mengimbau semula kejadian itu, Zolkepli berkata, dia berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja ketika bapanya meninggal dunia ketika tidur.

“Saya segera balik selepas di­maklumkan oleh kakak yang mem­bantu menjaganya sepanjang ketiadaan saya. Ketika me­ninggal, arwah memakai baju Me­la­yu berwarna maroon yang saya belikan ketika hari raya.

“Bapa kemudian disemadikan di kawasan perkuburan di depan rumah yang hanya boleh dilihat dengan membuka pintu,” kata­nya yang berasal dari Kluang, Johor.

Menurut Zulridza, selang ti­ga hari ibunya sudah kelihatan lemah dan tidak mampu lagi hendak menjamah makanan sebelum dia membisikkan syahadah di telinganya.

Tambahnya, tidak berapa la­ma, ibunya terus ‘pergi’ dalam ke­­adaan tenang dan di pang­kuan­nya selepas dia meminta am­pun serta meminta dihalalkan air susu yang diberikan.

“Jenazah ibu dikebumikan ber­sebelahan bapa. Ibu meng­hidap strok sejak 2015, ma­na­kala bapa menghidap masalah buah pinggang dan perlu menjalani dia­lisis sejak 2018,” kata­nya.

Ujar Zulridza, rutin harian ketika ibu bapanya masih hi­dup bermula seawal pukul 4 pagi dengan menyediakan makanan, selain menguruskan keperluan mereka sebelum ke tempat kerja.

“Walaupun penat dan tertekan, saya tidak pernah menganggap menjaga ibu bapa sebagai beban, sebaliknya ia adalah tanggungjawab.

“Sesibuk mana pun kita, uta­makanlah mak dan ayah. Ja­ngan tinggalkan mereka dan cuba sedaya upaya jaga mereka selagi masih ada,” pesannya.

Zulridza berterima kasih kepada pengurusan Perkeso yang memudahkan urusannya ketika dia berbakti kepada ibu bapanya sepanjang hayat mereka.

“Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekerja di atas segala sokongan ruang dan emosi yang amat saya perlukan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN