PESAWAT pengebom Tu-95 terbakar selepas terhempas di wilayah Amur, Russia. - Azer News

Enam maut pesawat pengebom Russia terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah pesawat pengebom milik Russia terhempas di timur wilayah Amur, lapor laman berita Al Jazeera. 

Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan berkata, pesawat pengebom Tu-95 itu terhempas ketika menjalani latihan penerbangan di kawasan tidak berpenghuni di Amur, sebuah wilayah bersempadan dengan China. 

Pesawat itu melakukan penerbangan tanpa membawa sebarang amunisi, demikian menurut agensi berita Russia TASS. 

Suruhanjaya Angkatan Tentera Udara dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengenal pasti punca nahas, lapor agensi berita Interfax memetik tentera Russia. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal keluar dari bangkai pesawat yang terbakar. 

Tupolev Tu-95 merupakan pesawat pengebom bersaiz besar dari era Soviet yang direka untuk membawa serta melancarkan senjata nuklear.

Ia pertama kali diterbangkan pada 1952 dan berkhidmat secara rasmi sejak 1956. Pesawat berkenaan kekal digunakan sehingga kini, terutamanya dalam latihan ketenteraan rutin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN