BURSA – Pengendali Itali, Roberto Mancini tidak mempunyai masa panjang untuk meraikan kemenangan pertamanya selepas menewaskan Turkiye 4-1 pada perlawanan kedua Liga Negara-Negara Eropah, awal pagi semalam.
Walaupun kemenangan kali ini memberikan kelegaan, Mancini sedar beliau masih ada perkara yang perlu ditambah baik khususnya untuk berdepan juara dunia 2018, Perancis, Sabtu ini.
“Sekarang kami perlu fokus kepada perlawanan selepas ini di mana kami perlu tambah baik kekuatan pasukan dan tampil lebih cergas untuk bermain. Apa yang kami mahu lakukan adalah memberikan tentangan di Paris,” katanya.
Terdahulu, Itali memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila memperoleh tiga gol dalam tempoh 27 minit menerusi Alessandro Bastoni, Davide Frattesi dan Michael Kayode.
Walaupun Baris Alper Yilmaz cuba mencetuskan kebangkitan Turkiye, Francesco Pio Esposito segera mematikan perjuangan tuan rumah apabila meledak gol keempat The Azzurri.
Dalam masa sama, Mancini tetap berasa gembira kerana mampu meraih keputusan positif, namun dalam masa sama tetap akur dengan situasi kecederaan dialami oleh penyerangnya, Giacomo Raspadori
“Semua orang bermain dengan baik, Raspadori juga melakukan apa yang kami minta. Namun, dia terpaksa dikeluarkan kerana ada sedikit masalah,” katanya. – AGENSI
















