PESAWAT pengebom AS berada di pangkalan udara RAF di Fairford, barat daya England kelmarin. – AFP

Polis bebas 5 suspek disyaki cuba serang pangkalan udara Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Polis menyatakan semalam bahawa lima lelaki yang ditangkap berhampiran sebuah  pangkalan udara digunakan oleh Amerika Syarikat(AS) di Britain, dibebaskan dengan ikat jamin ketika Washington mendakwa, ‘pihak asing’  terlibat dalam komplot disyaki pengeboman  itu.

Bercakap di Washington, Pesiden Donald Trump berkata,  beliau ‘terkejut kerana Britain membebaskan mereka’.

“Saya tidak akan melakukan perkara ini,” kata Trump.

Pembebasan lima individu itu  dengan  semua mereka warga Britain yang menetap di London dan berusia  dalam lingkungan pertengahan 20-an, dibuat ketika Perdana Menteri  Andy Burnham mengumumkan mesyuarat tergempar bersama barisan pegawai kanan untuk memastikan kerajaan mempunyai ‘gambaran penuh’.

Sementara itu,  Iran menafikan penglibatan dalam sebarang rancangan untuk menyerang  pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) Fairford di Gloucestershire, barat daya England itu berikutan ancaman keselamatan di sana kelmarin.

Polis anti pengganas mengetuai siasatan selepas pihak berkuasa Britain menerima laporan pada Ahad lalu mengenai tiga van putih ‘mencurigakan’ berhampiran pangkalan udara itu yang digunakan oleh AS  untuk mengebom Iran.

Polis berkata dalam kemas kini terbaharu semalam bahawa kelima-lima suspek  dibebaskan dengan ikat jamin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN