KUALA LUMPUR – Jenazah Tun Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akan dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.
Jenazah akan dimandikan di rumahnya sebelum dikebumikan.
Tun Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan anak keenam daripada 10 beradik.














