fbpx
PEJUANG TPLF tiba di ibu negeri Tigray, Mekela di Ethiopia pada 30 Jun lalu. – AFP

Tentera Ethiopia dakwa bunuh 272 pemberontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ADDIS ABABA – Tentera Ethiopia membunuh seramai 272 pejuang pemberontak Tigray yang melancarkan serangan di Amhara, rantau kedua paling ramai penduduk di negara itu pada hari sebelumnya.

Ketegangan berlarutan antara kerajaan dan pihak berkuasa Tigray menjadi konflik terbuka pada Rabu lalu  apabila kumpulan pemberontak Tigray melancarkan serangan ke wilayah jirannya,  Afar dan rantau Amhara.

Pasukan Pertahanan Kebangsaan Ethiopia berkata dalam satu kenyataan di laman Facebook bahawa Tentera Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) menyerang beberapa kawasan di Zon Wollo Utara, sebuah kawasan di Amhara yang bersempadan dengan Tigray.

“Tentera kerajaan melancarkan serangan balas yang mengakibatkan kerugian besar terhadap anggota dan peralatan TPLF,” kata kenyataan tentera  sambil menambah,  pemberontak mengalami korban jiwa yang besar  termasuk ‘272 terbunuh dan 260 cedera’.

AFP bagaimanapun tidak dapat mengesahkan angka tersebut secara bebas dan tiada jumlah korban diberikan untuk tentera Ethiopia atau orang awam.

Sementara itu, AFP menerima laporan pertempuran berlaku di Lalibela dan di Zon Wollo Utara, yang merupakan tempat kepada gereja batu zaman pertengahan Ethiopia yang terkenal serta merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN