fbpx
Gambar yang dimuat naik pengguna tersebut memaparkan vape yang disembunyikan dalam pen penanda.

‘Marker pen’ rupa-rupanya vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Helah sesetengah pelajar menyembunyikan rokok elektronik atau vape yang menyerupai alat tulis mengundang kebimbangan orang ramai, khususnya golongan pendidik.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, @Abcdefghijaz_, sebuah peranti vape dilihat mempunyai reka bentuk hampir menyerupai pen penanda atau ‘marker pen’ yang biasa digunakan di sekolah.

Lebih membimbangkan, pada bahagian luarnya turut tertera tulisan seakan-akan jenama alat tulis sehingga boleh mengelirukan sekiranya tidak diperiksa dengan teliti.

“Marker pen, bukan. Vape, ya. Dah macam bentuk marker pen dah. Jenuh tugas cikgu disiplin, kena ikut perkembangan semasa,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian berkenaan meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata terkejut melihat perubahan bentuk vape sehingga menyerupai barangan kegunaan harian pelajar.

“Mencabarnya nak didik budak-budak sekarang, takutlah,” kata @Nrulnajihahh_.

“Aduhai, macam-macam bentuk dah sekarang. Elok lepas ini bentuk pensel pula, geram,” tulis @Teacherrfizaa.

Seorang lagi pengguna, @Yunghaura pula secara sinis mencadangkan agar isu penggunaan vape dalam kalangan pelajar terus diberikan perhatian serius dalam perhimpunan sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN