fbpx
BUAYA yang menyerang seorang penduduk berjaya ditangkap. - Istimewa

Buaya gergasi panjang lebih 4 meter masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seekor buaya berukuran kira-kira 4.4 meter yang sebelum ini menyerang seorang penduduk ketika membaiki paip air di kawasan Gang Durian, wilayah Kalimantan Timur  akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan, lapor saluran berita Radar Kaltim.

Proses penangkapan reptilia gergasi itu dijalankan oleh Pasukan Laskar Kebangkitan Kutai (LKK) pada Ahad lalu kira-kira jam 5.04 pagi (waktu tempatan).

Menurut media tempatan, buaya bersaiz gergasi itu ditangkap selepas gerakan pencarian dan usaha pemindahan secara intensif dilakukan di sekitar lokasi kejadian.

Ekoran insiden tersebut, penduduk yang tinggal atau menjalankan aktiviti harian di sekitar kawasan aliran sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada. 

Orang ramai turut digesa mengelakkan sebarang aktiviti di tepi sungai, terutamanya pada waktu malam hingga subuh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN