fbpx
SEORANG wanita memegang kuat payungnya ketika angin kencang dan hujan lebat dibawa Taufan Dujuan melanda Chiba semalam. – AFP

Dujuan hentam Jepun, lebih sejuta diminta pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Lebih sejuta orang  dinasihatkan berpindah awal hari ini dengan beratus-ratus penerbangan dibatalkan apabila Taufan Dujuan membawa hujan lebat, banjir dan tanah runtuh ke rantau di sekitar Tokyo.

Dua orang terkorban selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di wilayah Chiba dan Kanagawa dekat Tokyo, kata kerajaan tempatan yang dipetik media Jepun termasuk agensi berita Kyodo.

Dujuan membawa tiupan angin 144 kilometer semalam apabila ia bergerak ke kawasan kira-kira 130 kilometer ke selatan Bandar Katsuura, dekat Tokyo.

Menjelang hari ini, ribut itu bergerak ke arah timur laut menuju ke laut, dengan kelajuan angin sedikit berkurangan, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Syarikat penerbangan Japan Airlines membatalkan 135 penerbangan,  manakala All Nippon Airways membatalkan 140 penerbangan ketika lebih 9,000 isi rumah berhampiran Tokyo terputus bekalan elektrik.

Lebih 1.6 juta penduduk di dalam dan sekitar Tokyo  digesa berpindah semalam, namun bukan mandatori. 

Amaran tanah runtuh dikeluarkan untuk Tokyo serta wilayah Chiba, Kanagawa dan Shizuoka. Pengendali kereta api di Tokyo dan wilayah berhampiran menggantung perkhidmatan bagi beberapa laluan.”

“Jumlah purata taburan hujan sehingga semalam boleh melebihi purata bulanan bagi bulan September,” kata JMA. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN