fbpx
Muhyiddin dan Amirudin

Amirudin urus bincang kerjasama Bersatu – PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Desas-desus Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kini semakin jelas selepas perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Pengerusi PH itu berkata, perkara berkenaan akan diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya PH yang juga Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari untuk dibincangkan.

“Yang itu, saudara Amirudin akan bincangkan,” katanya ringkas ketika ditemui pada majlis Hi-tea Sekretariat Reunion Reformis di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak menolak kemungkinan perbincangan kerjasama politik baharu turut membabitkan PH.

Semalam, media melaporkan, Bersatu kini mencari hala tuju dan jajaran politik baharu termasuk kemungkinan bersama PH selepas kedudukannya dalam Perikatan Nasio­nal (PN) dilihat semakin tersisih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN