fbpx
Abdul Qayyum (tengah) menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang budak perempuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Penghantar barang didakwa dua kali ‘sentuh’ budak 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Qayyum Ahmad, 37, yang berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di sebuah kampung di daerah ini, pada waktu malam, Jun 2025.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama dan di lokasi sama pada waktu malam, 17 September 2025.

Sabit kesalahan, Abdul Qayyim boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan berkenaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM12,000 selain melapor diri di Balai Polis Manir setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa sepanjang prosiding berlangsung. Sebutan semula kes pada 12 Oktober. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN