KONSERT Kita Bagi Jadi @ Ambang Merdeka 2026 menampilkan artis-artis popular tanah air.

Konsert Kita Bagi Jadi bakal gegarkan Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih 100,000 pengunjung dijangka membanjiri Da­taran Merdeka pada 29 hingga 31 Ogos ini bagi menghadiri Festival Ambang Merdeka 2026: Malaysia MADANI – Kesejahteraan Dinikmati anjuran CIMB Bank Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Festival selama tiga hari itu bertujuan menghimpunkan warga Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat melalui muzik, budaya dan pengalaman bersama, di samping mewujudkan lebih banyak peluang untuk perniagaan serta komuniti tempatan.

Segmen utama festival berkenaan ialah Konsert Kita Bagi Jadi @ Ambang Merdeka 2026 pada 30 Ogos bermula pukul 10.30 malam, menje­lang detik sambutan kemerdekaan pada tengah malam.

Dikoreografikan oleh pengarah kreatif terkenal Pat Ibrahim dengan tema ‘Menyusuri Sejarah, Memperkasa Semangat’, persembahan muzikal 90 minit itu menampilkan 350 peserta termasuk artis-artis terkenal Malaysia antaranya Aina Abdul, Aman RA, Nadia Aqilah, Asmidar, Haziq Rosebi, Mimifly, Izen Kong dan Pasya, diiringi penari, pendikir barat serta ahli muzik Orkestra Kuala Lumpur.

Kemuncak acara malam itu ialah kiraan detik kemerdekaan serta pertunjukan bunga api yang akan menya­tukan ribuan warga Malaysia dalam satu sambutan penuh makna mencerminkan semangat patriotisme, perpaduan dan penghayatan nilai-nilai kemerdekaan.

Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan.

Ketua Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB, Toni Darusman berkata, peranan CIMB sebagai sebuah jenama adalah untuk mencipta pengalaman yang bermanfaat dan menyatukan masyarakat pada detik-detik yang bermakna.

“Konsert Kita Bagi Jadi @ Ambang Merdeka 2026 merupakan manifestasi janji jenama CIMB, Moving You Forward, dengan menyediakan peluang penglibatan yang mengukuhkan pengalaman masyarakat terhadap jenama CIMB,” katanya.

Dalam usaha menyokong perniagaan tempatan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta usahawan turut diberi peluang untuk menjual pelbagai makanan, minuman dan produk sepanjang festival ini berlangsung, menyediakan pendedahan perniagaan yang lebih luas, akses kepada pe­langgan baharu, serta membolehkan mereka mengembangkan perniagaan.

CIMB turut membantu perniagaan tempatan mempercepatkan usaha pendigitalan. Melalui ekosistem CIMB dan pelbagai penyelesaian pembayaran digital yang ditawarkan, Bank itu memudahkan PMKS menjalankan transaksi, mengurus operasi perniagaan serta memberikan perkhidmatan yang lebih cekap.

Toni menambah, selain berhibur, pengunjung boleh menantikan promosi dan ganjaran eksklusif daripada CIMB, berserta pelbagai tarikan dan aktiviti menarik untuk golongan muda dan tua.

“Di gerai CIMB, pengunjung yang membuka akaun CIMB, memohon Kad CIMB, atau membuat pembayaran melalui DuitNow QR melalui CIMB OCTO berpeluang memenangi ganjaran menarik, termasuk pula­ngan tunai dan barangan eksklusif CIMB.

“Sama ada untuk menikmati persembahan yang hebat, menikmati hidangan tempatan, menerokai pengalaman budaya atau sekadar menghayati suasana patriotik bersama keluarga dan rakan-rakan, Festival Ambang Merdeka menjanjikan sesuatu untuk semua orang,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN