Dr Foo

Stres melampau boleh sebabkan rambut gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tekanan emosi berpanjangan bukan sahaja menjejaskan kesihatan mental dan fizikal, malah boleh menyebabkan keguguran rambut secara berlebihan.

Keadaan dikenali sebagai telogen effluvium itu berlaku apabila tekanan menyebabkan lebih banyak folikel rambut memasuki fasa rehat sebelum gugur.

Pakar Estetik Kanan (LCP) dari Premier Clinic, Dr Foo Wing Jian berkata, keguguran rambut juga boleh berlaku selepas seseorang mengalami penyakit serius, penurunan berat badan mendadak atau perubahan fizikal tertentu.

Menurutnya, tekanan melampau, pemakanan tidak seimbang dan kekurangan protein antara faktor yang boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut.

Beliau berkata, keguguran rambut akibat tekanan lazimnya berlaku beberapa bulan selepas seseorang mengalami keadaan berkenaan.

Selain itu, faktor genetik, perubahan hormon dan masalah kesihatan seperti gangguan tiroid serta sindrom ovari polisistik (PCOS) turut boleh menyebabkan rambut menipis.

Katanya, pemeriksaan doktor penting bagi mengenal pasti punca sebenar kerana keguguran rambut bukan semuanya berpunca daripada tekanan atau kekurangan nutrien.

Keguguran rambut akibat tekanan berpotensi pulih apabila faktor pencetus ditangani, namun individu yang mengalami keguguran berlebihan atau tompok botak secara tiba-tiba disaran mendapatkan pemeriksaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN