MURID sedang mengikuti sesi pembelajaran di SDN 005 Mentarang Hulu, Desa Bang Biau, Daerah Malinau, Kalimantan Utara. -Dok. Istimewa

Guru komited mengajar walaupun cuma ada 3 murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Suasana pembelajaran di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman wilayah Kalimantan Utara, Indonesia mencuriĀ  selepas memaparkan seorang guru yang setia mengajar walaupun hanya mempunyai tiga orang murid, lapor laman berita Detik Kalimantan.

Kisah mereka tular menerusi perkongsian guru tersebut, Teguh Cahyono, memaparkan suasana bilik darjah yangĀ  lengang di Sekolah Dasar (SD) Negeri 005 Mentarang Hulu, Daerah Malinau.

Menerusi salah satu klip video terbaharunya, hanya dua murid berada di bilik darjah, manakala seorang lagi tidak dapat hadir ke sekolah.

Difahamkan, situasi bilangan murid terlalu sedikit bukanlah perkara baharu kerana rekod sesi persekolahan tahun lalu juga hanya mencatatkan kehadiran empat hingga lima orang murid sahaja.

Perkongsian Teguh mendapat simpati dan pujian netizen yang kagum dengan komitmen guru itu walaupun mengajar di kawasan terpencil berhampiran sempadan negara.

Memetik laporan media tempatan, Ketua Jabatan Pendidikan Daerah Malinau, Muhammad Fiteriady berkata, kerajaan tempatan tetap komited memastikan hak pendidikan asas diberikan kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira jumlah kehadiran murid.

Menurutnya, faktor utama bilangan muridĀ  terhad adalah disebabkan oleh taburan penempatan penduduk yang berselerakan serta kadar populasi kanak-kanak usia sekolah rendah yang kecil di desa berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN